BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG
ORGANISASI
1.1 Pengenalan
1.1.1 Pendahuluan
Latihan industri adalah merupakan salah
satu komponen utama dalam ko-kurikulum pembelajaran di Politeknik. Lulus
latihan industri adalah salah satu syarat wajib bagi setiap pelajar politeknik
sebelum ianya layak diperakukan untuk penganugerahan sijil atau diploma
politeknik. Latihan industri ini juga berkuatkuasa pada semester ketiga bagi
pelajar – pelajar yang mengambil kursus peringkat sijil dan semester keempat
pula bagi pelajar – pelajar yang mengambil kursus peringkat diploma. Justeru
itu, latihan industri ini akan dijalankan selama enam bulan atau pun selama
satu semester.
Selain itu, para pelajar juga diberikan
kebebasan untuk membuat pilihan sama ada ingin menjalani latihan industri di
jabatan kerajaan mahupun di firma swasta mengikut kehendak masing - masing.
Namun begitu ianya juga perlulah bersesuaian dengan kursus yang diambil oleh
pelajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, kerana ianya adalah suatu perkara
yang amat penting bagi seseorang pelajar tersebut agar mereka tidak perlu
membazir masa dan tenaga bagi suatu pekerjaan yang tiada kaitan dalam bidang
yang mereka ceburi semasa di politeknik. Tetapi jika sudah tiada pilihan
terpaksalah kita akur dengan pekerjaan yang kita perolehi semasa menjalani
latihan industri tersebut dengan redha dan tabah.
Setiap pelajar akan ditempatkan di
jabatan kerajaan atau firma swasta pilihan mereka sendiri selama satu semester
untuk mendedahkan mereka kepada suasana bekerja yang sebenar. Oleh itu, kita
dapat lihat perbezaan di antara suasana semasa alam pekerjaan dengan situasi
semasa di dalam dewan kuliah adalah amat berbeza sekali.
Hal ini kerana latihan industri ini
adalah merupakan salah satu peluang untuk para pelajar mempelajari sesuatu yang
baru dan ianya tidak terdapat di dalam dewan kuliah semata – mata. Oleh yang
sedemikian, latihan industri ini amatlah penting dan berguna untuk para pelajar
bagi memperolehi pengalaman baru dan ianya juga dapat membentuk sahsiah diri
yang baik serta dapat mendisiplinkan diri seseorang pelajar tersebut mengikut
waktu dan keadaan.
Justeru itu, segala ilmu dan pengalaman
yang telah diperolehi semasa latihan industri inilah yang akan membantu para
pelajar semasa melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar nanti. Dengan adanya
latihan industri inilah para pelajar dapat melalui dan memperolehi pendedahan
terhadap situasi alam pekerjaan yang sebenar iaitu berbeza dengan alam persekitaran
sewaktu di dalam dewan kuliah tersebut.
Setiap masa yang dipenuhi semasa latihan
industri ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya dengan sebaik mungkin. Kita
haruslah bijak mengatur langkah dan masa yang ada agar kita tidak kerugian di
kemudian hari kelak. Dengan tidak hanya melakukan kerja – kerja yang sama
setiap hari, pelajar juga perlulah bijak mencari sebarang kerja yang berlainan
untuk dilakukan setiap masa. Ini adalah merupakan salah satu cabaran untuk para
pelajar dalam latihan industri. Ini secara langsung dapat menerbitkan
komunikasi di antara pelajar dengan staf - staf di syarikat tersebut.
Secara keseluruhannya, latihan industri
ini dapat membantu para pelajar berkomunikasi dengan orang luar secara tidak
langsung, ianya juga tidak tertakluk kepada rakan sekuliah dan juga pensyarah
sahaja. Pelajar juga akan terdedah kepada persekitaran luar semasa menjalani
latihan industri, misalnya apabila pelajar dikehendaki melayan tetamu ataupun
pelanggan syarikat.
Justeru itu, komunikasi yang dipelajari
semasa latihan industri tersebut amatlah berguna kepada para pelajar apabila
mereka memasuki alam pekerjaan pada masa akan datang.
Selain itu juga, latihan industri ini
dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi semasa
menjalankan tugas yang telah diberikan. Dengan itu, pelajar dapat berfikir dan
berkongsi pendapat bersama – sama staf dalam mencari penyelesaian terhadap
masalah yang dihadapi tersebut. Secara langsung melalui latihan industri ini
juga ianya dapat dijadikan pengalaman baru dan pengajaran yang berguna kepada
para pelajar apabila mereka sudah bekerja kelak.
Kesimpulannya, latihan industri ini
amatlah penting kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi diri dan
menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Disamping itu, melalui latihan
industri ini juga para pelajar dapat menimba pengalaman baru dan dapat merasai
sendiri suasana alam pekerjaan yang sebenar.
Justeru itu, palajar akan berasa rugi
sekiranya tidak menjalani latihan industri ini dengan sebaik mungkin. Oleh itu,
dengan adanya latihan industri ini sedikit sebanyak dapat memberikan semangat
kepada para pelajar untuk terus belajar dan memperolehi kelulusan yang
cemerlang kemudian seterusnya mendapatkan pekerjaan yang bagus tidak kiralah
samada pekerjaan tersebut di jabatan kerajaan mahu pun di firma swasta.
1.1.2 Objektif Latihan Industri
Pelajar disyaratkan lulus dalam latihan
industri ini sebelum ianya dapat diperakukan untuk penganugerahan sijil atau
diploma politeknik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar yang menjalani
latihan industri ini tidak kira sama ada di jabatan-jabatan kerajaan atau di
dalam sektor-sektor swasta akan didedahkan dengan pelbagai cabaran dan masalah
yang sememangnya wujud di dalam dunia mahu pun di alam pekerjaan.
Tujuan utama latihan industri ini
sebenarnya adalah untuk memberi bimbingan dan pengalaman baru kepada pelajar -
pelajar yang akan atau pun bakal menempuhi segala cabaran dan onak duri di alam
pekerjaan nanti. Para pelajar juga haruslah sentiasa akur dengan peraturan –
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik atau pun pihak syarikat
dalam mendidik diri para pelajar untuk menjadi manusia yang lebih berdisplin
dan berkualiti pada masa akan datang kelak.
Antara objektif latihan industri adalah
:
i. Membina personaliti individu yang
baik.
ii. Memberikan pendedahan kepada pelajar
terhadap alam pekerjaan yang sebenar.
iii. Menambahkan dan meluaskan
pengetahuan teknikal serta kemahiran berfikir di kalangan para pelajar.
iv. Menimbulkan kesedaran dalam diri dan
meningkatkan minat pelajar terhadap bidang atau jurusan yang di ambil semasa di
politeknik.
v. Dapat membina keyakinan diri.
vi. Membolehkan para pelajar mengaitkan
teori - teori yang telah dipelajari dengan aspek - aspek praktikal di firma.
vii. Melahirkan pelajar yang berkualiti
dan cemerlang.
viii. Menanamkan semangat kerja
berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja.
ix. Menanamkan sifat kepimpinan kerja
yang baik.
x. Mengamalkan peraturan dan etika kerja
dengan baik.
xi. Dapat berkomunikasi dengan berkesan
dan baik apabila berhadapan dengan orang luar.
xii. Menanam sifat amanah dan
bertanggungjawab.
xiii. Mengamalkan peraturan – peraturan
keselamatan samasa di industri.
1.1.3 Objektif laporan latihan industri
Laporan latihan industri ini disediakan
bagi mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan pengalaman para pelajar sepanjang
tempoh mereka menjalani latihan industri tersebut serta sebagai bahan bukti
bahawa seseorang pelajar itu telah pun menjalani latihan industri. Laporan yang
baik serta bermutu boleh digunakan dalam temuduga kerja kelak. Di samping itu,
ianya juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada para pelajar lain yang
bakal menjalani latihan industri yang sama. Laporan latihan industri ini juga
adalah sebagai memenuhi syarat untuk lulus dalam semester yang diduduki
sepanjang tempoh latihan tersebut dijalankan.
Selain mendapat pendedahan yang lebih
awal mengenai situasi alam pekerjaan yang sebenar, pelajar - pelajar juga dapat
memahami dengan lebih mendalam lagi tentang bidang yang diceburi tersebut. Di
samping itu, para pelajar juga dapat menyesuaikan diri untuk berkomunikasi dan
bergaul mesra dengan para pelanggan, staf-staf serta golongan-golongan atasan
di dalam sesebuah syarikat tersebut. Dengan cara ini, para pelajar dapat
menghilangkan rasa gementar dan rendah diri yang ada di dalam diri seseorang
pelajar tersebut.
Selain daripada itu, melalui latihan
industri ini juga para pelajar dapat bekerjasama dengan kakitangan syarikat
dengan lebih mudah andai kata mereka ingin meminta bantuan untuk memperolehi
maklumat – maklumat yang diiginkan. Di samping itu, ianya juga dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim pelajar dengan kakitangan syarikat berkenaan.
Justeru itu, melalui latihan industri ini juga para pelajar dapat meningkatkan
keyakinan diri dalam semua hal.
Para pelajar juga boleh menonjolkan
bakat yang sedia ada di dalam diri masing – masing tidak kiralah samada di
dalam pembaikan komputer dan sebagainya. Melalui latihan industri ini juga para
pelajar diingatkan supaya haruslah sentiasa berwaspada dan mengamalkan
tatatertib yang baik semasa menjalani latihan industri tersebut. Dengan cara
ini, ianya dapat meningkatkan disiplin diri seseorang pelajar tersebut untuk
menempuhi liku –liku hidup kelak.
Melalui latihan industri ini, para
pelajar dapat memberikan kepuasan kepada pegawai-pegawai atasan melalui hasil
penulisan laporan yang baik di mana melalui penghasilan laporan tersebut,
pegawai-pegawai atasan dapat melihat dan menilai sejauh mana prestasi seseorang
pelajar tersebut yang berada di bawah kelolaan mereka boleh memberikan komitmen
dan tumpuan sepenuhnya terhadap segala ilmu yang pernah mereka curahkan
sepanjang tempoh para pelajar tersebut terbabit dalam menjalani latihan
industri di syarikat mereka.
1.1.4 Kepentingan Latihan Industri
Latihan Industri ini adalah merupakan
salah satu latihan dalam membentuk jati diri para pelajar agar lebih didedahkan
dengan sifat - sifat seperti bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu kerja
dan patuh terhadap setiap arahan yang telah diberikan. Dengan berbekalkan
pengalaman-pengalaman tentang cara – cara bekerja semasa menjalani latihan
industri, para pelajar dapat menjadikan pengalaman-pengalaman tersebut sebagai
salah satu aset yang amat berharga ketika ingin mencari atau mendapatkan
sesuatu pekerjaan pada masa akan datang kelak. Pengalaman – pengalaman yang
telah diperolehi semasa menjalani latihan industri itu, bolehlah dijadikan
panduan dan ianya juga boleh dijadikan sebagai suatu bahan bukti untuk kita
mencari dan mendapatkan kerja yang baik..
Melalui latihan industri ini, para
pelajar dapat menghindarkan perasaan kekok apabila menjalankan tugas seharian
sewaktu memasuki alam pekerjaan yang sebenar kerana para pelajar telah dilatih
dan diajar untuk menunaikan tanggungjawab mereka apabila menjalani latihan
industri di badan syarikat masing - masing. Dengan wujudnya latihan industri
ini, para pelajar dapat meluaskan minda dan bersikap lebih terbuka serta matang
berhubung dengan persekitaran alam pekerjaan yang sebenar melalui penggunaan
secara maksima ke atas setiap pengalaman dan pengajaran yang pernah dilalui dan
ditimba oleh para pelajar. Selain itu, pelajar – pelajar juga dapat mencari inisiatif
sendiri bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang mungkin wujud semasa di alam
pekerjaan yang sebenar. Seterusnya, mereka dapat memanipulasikan keadaan
sekeliling hanya dengan menggunakan pengalaman sewaktu mereka menjalani latihan
industri tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain.
Selain daripada memikul tanggungjawab
yang diberikan oleh majikan semasa menjalani latihan industri, para pelajar
juga memikul satu lagi tanggunjawab iaitu tanggungjawab dalam menjaga maruah
dan nama baik politeknik masing - masing dengan menonjolkan diri sebagai
seorang pelajar yang berdedikasi dan berkualiti dalam melaksanakan sesuatu
pekerjaan dengan sempurna, cepat dan tepat. Selain itu, para pelajar juga dapat
mempelajari cara-cara untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan setiap
kakitangan syarikat dan pelanggan dalam usaha untuk memajukan syarikat dan
untuk mempertingkatkan kemajuan diri sendiri. Melalui latihan industri ini
juga, para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan alam persekitaran dan budaya
pekerjaan yang wujud di dalam sesebuah syarikat tersebut. Disamping itu, kita
juga dapat melihat tingkahlaku dan cara kerja setiap kakitangan yang positif
dan negatif dalam melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu tugas yang
diamanahkan kepada mereka.
Justeru itu, latihan industri ini juga
secara tidak langsung dapat membina dan mengubah personaliti serta imej
seseorang pelajar tersebut menjadi seseorang yang amat berkaliber, berkeyakinan
tinggi serta dapat membantu masyarakat terutamanya dalam meningkatkan
kesedaran, keupayaan dan taraf hidup masyarakat sekeliling.
Justeru itu, latihan industri ini
bukanlah diwujudkan semata-mata untuk memenuhi syarat -syarat untuk lulus bagi
mendapatkan sekeping sijil atau diploma, bahkan ianya juga dapat digunakan dalam
melahirkan seseorang pelajar yang amat berkualiti, efisyen dan memenuhi
keperluan industri serta berguna kepada masyarakat dan negara kelak.